
Soalan yang pernah dikemukakan bagi bab ini.
1. SPM 2005 5(a) - Terangkan masalah yang akan dihadapi oleh ekonomi negara jika hanya bergantung kepada sektor itu. [7m]
2. SPM 2006 4(b) - Terangkan lima kesan daripada perubahan tersebut. [10m]
3. SPM 2009 4(a) - Huraikan tiga sektor ekonomi yang terdapat di Malaysia. [9m]
Pelajar sekalian, Kata tugas terangkan dan huraikan membawa natijah bahawa teknik menjawab soalan adalah berbeza.
Bagi terangkan : 1 fakta + 1 huraian.
Maka untuk soalan 1, anda perlu beri 4 fakta dan huraiannya = 8m. Akan tetapi markah maksimum anda adalah 7m.
Bagi soalan 2, berikan 5 fakta bersama huraiannya. Jumlah markah = 5 x 2m = 10m.
Bagi soalan 3, berikan 1 fakta dan 2 huraian. Maka jumlah markah = 3 x 3m = 9m.
Cubalah menjawab dan berikan pujian kepada diri anda atas usaha anda.









