Esok dan lusa (2 - 3 Jun) peperiksaan pertengahan tahun selaras Negeri Selangor.
Satu hari satu kertas. Jika masih tak boleh skor juga, entahlah.
Siapakah yang salah? Ibu mengandung? Guru mengajar??
Murid tuan badan sendiri???
Apapun, bacalah dan hafallah kembali jawapan-jawapan latihan yang telah diberi.
Jika anda berusaha tekun, anda akan dapat A+.
GOOD LUCK!!!!
Isnin, 31 Mei 2010
Selasa, 20 April 2010
MODUL ITEM BERFOKUS DAERAH KLANG@KISAS
.jpg)
29 April 2010 - Tarikh Modul ini akan dilaksanakan kepada pelajar tingkatan 5AV KISAS.
2 kertas soalan _ kertas 1 dan 2.
Bab cakupan soalan ini adalah semua tajuk tingkatan 4 dan tajuk tingkatan 5 sehingga tajuk STRUKTUR EKONOMI NEGARA.
Apa yang perlu para pelajar buat????
Apa lagi, mestilah ulangkaji + menjawab soalan tahun-tahun lalu + penghafalan fakta dan huraian + latihan melukis keluk-keluk.
TARGET???
Mestilah nak A+. Paling rendah pun A.
Anak-anak murid sekalian berada sekolah SBT, maka buktikan....
Jika bermasalah semasa mengulang kaji atau buat latihan - Tanyalah SAYA. Sedia membantu.
Baca dan ingati juga latihan-latihan yang telah dibuat dalam buku latihan anda.
Jangan malas.... Rajin-rajinkan diri anda.
Isnin, 29 Mac 2010
BAB STRUKTUR EKONOMI NEGARA

Soalan yang pernah dikemukakan bagi bab ini.
1. SPM 2005 5(a) - Terangkan masalah yang akan dihadapi oleh ekonomi negara jika hanya bergantung kepada sektor itu. [7m]
2. SPM 2006 4(b) - Terangkan lima kesan daripada perubahan tersebut. [10m]
3. SPM 2009 4(a) - Huraikan tiga sektor ekonomi yang terdapat di Malaysia. [9m]
Pelajar sekalian, Kata tugas terangkan dan huraikan membawa natijah bahawa teknik menjawab soalan adalah berbeza.
Bagi terangkan : 1 fakta + 1 huraian.
Maka untuk soalan 1, anda perlu beri 4 fakta dan huraiannya = 8m. Akan tetapi markah maksimum anda adalah 7m.
Bagi soalan 2, berikan 5 fakta bersama huraiannya. Jumlah markah = 5 x 2m = 10m.
Bagi soalan 3, berikan 1 fakta dan 2 huraian. Maka jumlah markah = 3 x 3m = 9m.
Cubalah menjawab dan berikan pujian kepada diri anda atas usaha anda.
Ahad, 21 Mac 2010
KEMBALI KE SEKOLAH

22 Mac 2010. Mula kembali ke sekolah dengan azam yang diperbaharui.
Belajarlah dengan teknik yang betul.
Ketahuilah KATA TUGAS SOALAN dan KATA KUNCI SOALAN.
Melaluinya anda akan tahu kehendak soalan.. Jawapan yang bagaimanakah yang sepatutnya dikemukakan.
Bagi pelajar T5, anda telah didedahkan dengan kedua-dua perkara di atas.
Bagi pelajar T4, insya Allah pada bulan April akan diadakan Program Teknik Menjawab Soalan SPM Ekonomi Asas.
Ingat...
Soalan dengan kata tugas berikut :
Jelaskan, terangkan, huraikan, nyatakan, dan lain-lain. Setiap satunya perlu difahami agar jawapan anda mendapat markah A+.
Berjumpalah dengan guru jika menghadapi masalah.
Rabu, 10 Mac 2010
SOALAN PAKEJ PERCUTIAN MAC 2010 : EKONOMI ASAS
ARAHAN :
1. SILA JAWAB SEMUA SOALAN KERTAS SPM 2004-2008 BERKAITAN BAB 6 (WANG & INSITUSI KEWANGAN)
2. JAWAPAN DIBUAT DIKERTAS A4 DAN DIJILID. SILA BUAT SEPERTI FOLIO.
MUKA HADAPAN MENGIKUT KREATIVITI SENDIRI TETAPI MENGANDUNGI MAKLUMAT :
NAMA SEKOLAH :
SUBJEK :
NAMA PROGRAM : PAKEJ PERCUTIAN MAC 2010 - EKONOMI ASAS
NAMA PELAJAR :
TINGKATAN :
NAMA GURU :
3. SILA HANTAR KEPADA GURU PADA 22 MAC 2010.
Sebarang masalah hubungi guru anda.
1. SILA JAWAB SEMUA SOALAN KERTAS SPM 2004-2008 BERKAITAN BAB 6 (WANG & INSITUSI KEWANGAN)
2. JAWAPAN DIBUAT DIKERTAS A4 DAN DIJILID. SILA BUAT SEPERTI FOLIO.
MUKA HADAPAN MENGIKUT KREATIVITI SENDIRI TETAPI MENGANDUNGI MAKLUMAT :
NAMA SEKOLAH :
SUBJEK :
NAMA PROGRAM : PAKEJ PERCUTIAN MAC 2010 - EKONOMI ASAS
NAMA PELAJAR :
TINGKATAN :
NAMA GURU :
3. SILA HANTAR KEPADA GURU PADA 22 MAC 2010.
Sebarang masalah hubungi guru anda.
KEPUTUSAN EKO ASAS SPM 2010

Keputusan SPM 2009 telah diumumkan pada 11 Mac 2010.
Ekonomi Asas??? Bagaimana???
Alhamdulillah. Segala pujian bagi Allah WST yang telah memberi kegembiraan bagiku. Tahun ini keputusan Ekonomi Asas SPM telah meningkat.
Berikut adalah keputusan ringkas.
Gred purata:
2008 : 1.49
2009 : 1.03
Keputusan 2009 telah meningkat sebanyak 0.03.
TAHNIAH kepada semua calon SPM EA 2009 kerana telah menyumbang kepada sejarah yang baik kepada panitia EA dan sekolah amnya.
Berikut pula adalah ringkas :
Gred %
A+ : 21.43
A : 52.38
A- : 11.90
B+ : 11.90
B : 0.00
C : 2.38Terima kasih anak-anak muridku, SPM 2009 kerana telah gigih beruasaha hingga mendapat kegemilangan untuk panitia EA.
Kalian juga menyumbang kepada peningkatan gred purata sekolah.
Kepada calon-calon SPM 2010, berusaha gigih mulai kini agar kalian akan terus menjulang nama sekolah.
"BERSAMA MERANGKUL KEUNGGULAN"
Selasa, 9 Mac 2010
Isnin, 1 Mac 2010

UJIAN MAC 2010
Ujian Mac Ekonomi Asas akan diadakan pada :
Tingkatan 5 - Isnin (8.3.2010), 11.45 - 12.45 pagi.
Tingkatan 4 - Selasa (9.3.2010), 10.00 - 11.00 pagi.
Liputan soalan EA Ting. 5 adalah topik 6 sahaja.
Bentuk soalan adalah struktur - Kertas 2. Calon memilih 2 daripada 3 soalan yang dikemukakan.
Persediaan pelajar????
Masa yang mencukupi telah diberi. 3 masa P&P diperuntukkan untuk ulangkaji Bab 6. Cikgu mengharapkan agar keputusan pelajar akan meningkat berbanding TOV EA masing-masing.
Ingat!!!! Mesti hafal....segala yang dibaca. Jika tidak, apa nak tulis.
Cikgu mendoakan anda mendapat A+.
Selasa, 23 Februari 2010
BAB 6 : WANG & INSTITUSI KEWANGAN

Apa yang penting???
Dalam bab ini tumpuan adalah kepada :
A. Wang - 1) Definisi
2) Jenis
3) Ciri
4) Fungsi
B. Institusi Kewangan Bank (IKB) - terdiri daripada Bank Perdagangan, Bank Saudagar,
Syarikat Kewangan, dan Bank Pusat.
Setiap IKB, pelajar mesti menumpukan kepada :
1) Fungsi setiap satunya
2) Persamaan dalam kalangan IKB
3) Perbezaan dalam kalangan IKB
Bagi Bank Perdagangan dan Bank Pusat tumpuan yang diberi adalah lebih iaitu perlu menguasai :
Bank Perdagangan - termasuk dalam bank ini adalah Skim Perbankan Islam (SPI) . Ada 6 prinsip SPI iaitu Wadiah, Mudharabah, Murabahah, Musyarakah, Bai Bithaman Ajil dan Bai At Takjiri yang mesti pelajar fahamai.
Bank Pusat - selain fungsi Bank Pusat, pelajar mesti bijak menghuraikan cara bank pusat mengatasi inflasi atau kemelesetan ekonomi. Jika anda telah faham dan ingat huraian mengatasi inflasi, amat mudah untuk menjawab soalan kemelesetan.
C. Institusi Kewangan Bukan Bank (IKBB)- terdiri daripada KWSP, LTH, BSN dan Syarikat Insurans /
Takaful.
Dalam IKBB, soalan yang disoal pada SPM adalah :
a) Persamaan dan perbezaan BSN - KWSP. (SPM 2009)
b) Sumbangan IKBB kepada pembangunan ekonomi negara. (SPM 2007)
DEMIKIAN SAHAJA GAMBARAN TENTANG BAB 6.
Selebihnya, andalah sebagai calon SPM 2010 yang mesti membuat latihan.
Guru hanyalah pembuka pintu kegemilangan tetapi andalah yang harus memasukinya.
Salam sayang... Cikgu EA anda.
Langgan:
Ulasan (Atom)






