
Apa yang penting???
Dalam bab ini tumpuan adalah kepada :
A. Wang - 1) Definisi
2) Jenis
3) Ciri
4) Fungsi
B. Institusi Kewangan Bank (IKB) - terdiri daripada Bank Perdagangan, Bank Saudagar,
Syarikat Kewangan, dan Bank Pusat.
Setiap IKB, pelajar mesti menumpukan kepada :
1) Fungsi setiap satunya
2) Persamaan dalam kalangan IKB
3) Perbezaan dalam kalangan IKB
Bagi Bank Perdagangan dan Bank Pusat tumpuan yang diberi adalah lebih iaitu perlu menguasai :
Bank Perdagangan - termasuk dalam bank ini adalah Skim Perbankan Islam (SPI) . Ada 6 prinsip SPI iaitu Wadiah, Mudharabah, Murabahah, Musyarakah, Bai Bithaman Ajil dan Bai At Takjiri yang mesti pelajar fahamai.
Bank Pusat - selain fungsi Bank Pusat, pelajar mesti bijak menghuraikan cara bank pusat mengatasi inflasi atau kemelesetan ekonomi. Jika anda telah faham dan ingat huraian mengatasi inflasi, amat mudah untuk menjawab soalan kemelesetan.
C. Institusi Kewangan Bukan Bank (IKBB)- terdiri daripada KWSP, LTH, BSN dan Syarikat Insurans /
Takaful.
Dalam IKBB, soalan yang disoal pada SPM adalah :
a) Persamaan dan perbezaan BSN - KWSP. (SPM 2009)
b) Sumbangan IKBB kepada pembangunan ekonomi negara. (SPM 2007)
DEMIKIAN SAHAJA GAMBARAN TENTANG BAB 6.
Selebihnya, andalah sebagai calon SPM 2010 yang mesti membuat latihan.
Guru hanyalah pembuka pintu kegemilangan tetapi andalah yang harus memasukinya.
Salam sayang... Cikgu EA anda.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan